• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Direman Bantu Siasatan Hina Sultan Johor Di Facebook

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghasut dan menghina Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata wanita berumur 26 tahun itu direman sehingga Khamis ini selepas ditahan di tempat letak kereta di Jalan Sutera, di sini kira-kira 3 pagi tadi.

Katanya pelayan pelanggan (GRO) itu, yang berasal dari Pontian, ditahan selepas polis menerima laporan seorang lelaki dari Majlis Gabungan Johor pada 8.53 malam di Balai Polis Kempas di sini pada 15 Dis lepas.

“Dalam laporannya, lelaki terbabit menyatakan dia terbaca komen penghinaan terhadap Sultan Johor mengenai isu vape menerusi Facebook atas nama ‘Chinta Fina’ semasa berada di sebuah kedai makan di Taman Putra di sini, pada 8.15 malam hari yang sama,” katanya menerusi kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wNH0M_W6r0Y[/wpdevart_youtube]

Tags: hina sultan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan

Hina Sultan Selangor, Lelaki Dipenjara Sembilan Bulan

06/09/2023
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan selepas melakukan kesalahan dengan membuat...

Lelaki Ditahan Hina Agong, Sultan Ibrahim

04/03/2020
0

POLIS menahan seorang lagi lelaki semalam, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan menerusi Facebook terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd