• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Tertuduh Kes Pencerobohan Lahad Datu Mahu Mengaku Bersalah

oleh Ahmad Albab
22/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga belas daripada 19 individu yang diperintahkan untuk membela diri berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu mahu mengaku bersalah dengan pengakuan mereka dijangka dilakukan esok, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Tertuduh termasuk tiga lelaki tempatan yang mana tuduhan pindaan ke atas mereka dibuat pada 5 Feb.

Para peguam yang mewakili kesemua 13 tertuduh meminta untuk bertemu anak guam mereka berhubung keputusan mereka hari ini dengan rayuan dan supaya hukuman diringankan, akan dibuat esok.

Hakim Stephen Chung, yang menetapkan tiga minggu mulai hari ini untuk mendengar keterangan pihak pembelaan, menangguhkan prosiding kepada esok.

Pada 5 Feb, Chung memerintahkan 19 daripada 30 tertuduh dalam kes itu untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie selepas 239 hari perbicaraan yang bermula pada 6 Jan, 2014.

Sebahagian tertuduh menghadapi antara satu dan pelbagai tuduhan kerana menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ada yang didakwa melindungi individu yang dia tahu adalah anggota kumpulan pengganas; membantu atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu; dan membantu kumpulan pengganas dengan menyalurkan bantuan kewangan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar dan dibantu DPP Datuk Jamil Aripin, telah membawa 166 saksi dalam perbicaraan yang dijalankan di Jabatan Penjara Sabah.

Satu pasukan yang diketuai Datuk N. Sivananthan, peguam yang dilantik kerajaan Filipina, mewakili rakyat Filipina, manakala Abdul Gani Zelika, Putli Noor Asikin Datu Gulam dan satu pasukan diketuai Kamaruddin Mohamad Chinki dan Ram Singh masing-masing mewakili tiga lelaki tempatan. – BERNAMA

Tags: lahad datupenceroboh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd