• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Polis Nasihat Pemandu Lepas Terima Rasuah RM60

oleh AK-47
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN seorang anggota polis menerima rasuah mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi 2 minit 9 saat itu memaparkan kejadian di tepi jalan yang tidak diketahui lokasi tepatnya tetapi ia dikatakan berlaku di Cheras.

Menerusi rakaman tersebut, pemandu berkenaan bersama rakannya yang berada di dalam kereta seolah cuba memujuk anggota polis berkenaan agar menerima ‘bayaran khas’ selepas dipercayai melakukan kesalahan memotong laluan di garisan berkembar.


Anggota Polis ‘Dipujuk’ Terima Rasuah Dikecam oleh mynewshub

“Sekarang saya kasi last chance, satu ratus boleh? You mau bayar tiga ratus ka atau bayar satu ratus?” kata pegawai polis dalam rakaman berkenaan.

Sejurus kemudian, anggota polis berkenaan dilihat akur selepas berkali-kali dipujuk pemandu agar mengurangkan jumlah suapan kepada RM60.

“Enam puluh boleh ah? Boleh laa boleh laa,” ujar pemandu berkenaan seperti mana kedengaran dalam rakaman tersebut.

Pemandu berkenaan dilihat berjaya menjalankan ‘urusan niaga’ dengan anggota polis terbabit yang di akhir video, kedengaran memberi nasihat “jangan buat lagi” kepada si pemandu.

Susulan tersebarnya video ini, ramai netizen mengecam tindakan penguatkuasa yang tidak amanah ketika menjalankan tugas.

“PDRM tak patut simpan anggota seperti ini dalam unit pasukan kerana ia mencerminkan betapa mudahnya undang-undang dibeli dengan rm60 sahaja! Dalam hal ini kita sebagai pengguna jalan raya juga BERSALAH kerana cuba memberi rasuah! Jangan kita pandang pda kesalahan orang lain.. tapi pandang juga kesalahan diri kita,” tulis Pendekar Tanpa Nama.

“Saya pernah kena macam ni, tahan 2 melayu 2 chinese.. tapi 2 chinese tak tulis saman sebab sanggup bayar… saya dan 2 melayu lagi disaman… sebab kami anggap rasuah tu satu dosa… kami tak sanggup beri lebih baik bayar saman,” komen Ahmad Ismail Bin Man pula. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PDRMpemandupolisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd