• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putrajaya Dan Cyberjaya Bakal Miliki Trem

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang untuk membina sistem pengangkutan awam baharu, trem di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa tiga tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembinaan kemudahan itu dilihat sebagai alternatif yang sesuai bagi mengatasi kesesakan di kawasan yang sedang mengalami pertambahan penduduk di wilayah terbabit.

Beliau berkata jenis pengangkutan itu dipilih kerana ianya dilihat lebih berekonomi berbanding pembinaan monorel seperti yang dirancang sebelum ini.

“Baru-baru ini, pihak saya telah berbincang dengan Majlis Ekonomi Negara dan kita melihat pembinaan trem akan menyelesaikan projek monorel yang tertangguh sebelum ini dan ianya lebih murah,” katanya kepada media selepas merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Warga Putrajaya di sini hari ini.

Rancangan pembinaan monorel Putrajaya sepanjang 18 kilometer sebelum ini telah ditangguhkan pada pertengahan 2004 kerana ketiadaan peruntukan.

Tengku Adnan berkata beliau yakin pihak Unit Perancang Ekonomi akan membuka ‘Request for Proposal’ kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk pembinaan pengangkutan awam tersebut dalam masa terdekat.

Beliau berkata melalui pembinaan kemudahan baharu itu, diharapkan warga Putrajaya dan Cyberjaya akan memperoleh keselesaan menggunakan pengangkutan awam terutamanya untuk ke pejabat dan mengurangkan kesesakan ketika waktu puncak.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 152 blok di sekitar Putrajaya bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pentadbiran kerajaan itu.

“CCTV itu akan dikendalikan sendiri oleh komuniti blok masing-masing dan ini akan meningkatkan kerjasama di antara penduduk untuk menjaga kawasan keselamatan perumahan mereka,” katanya.

Mengenai Kenduri 1Wilayah Persekutuan, katanya kementeriannya merancang untuk mengadakan 13 kenduri pada tahun ini di setiap lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berbanding hanya tiga lokasi pada tahun lepas.

“Pendekatan seumpama ini diharap dapat merapatkan kerajaan dan rakyat serta membuka ruang untuk kementerian dan agensi-agensi mendengar sendiri permasalahan dan menangani isu-isu berkenaan Wilayah Persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PutrajayaTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd