• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Pastikan Fenomena Laut Merah Tak Berulang

oleh Ahmad Albab
20/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang berazam memastikan fenomena laut merah akibat pencemaran perlombongan bauksit yang berlaku penghujung tahun lalu tidak berulang bagi meningkatkan pelancongan pantai sekitar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan perlombongan bauksit yang terperinci, berdasarkan kejadian dahulu.

“Apa yang berlaku dulu adalah pengalaman. Sebab itu diadakan moratorium supaya kita boleh menilai semula bagaimana perlombongan (bauksit) boleh dilakukan tanpa pencemaran.

“Pahang negeri pertama yang mengeluarkan bauksit, jadi ada kekurangan. Kita
akan lakukan penambahbaikan dan negeri lain juga boleh belajar daripada pengalaman kita,” katanya pada sidang media selepas melepaskan peserta Balok Wind Challenge di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata kedatangan pelancong ke pantai antara elemen yang dititikberatkan memandangkan Kuantan mempunyai 11 pantai menarik seperti Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Cherating dan Pantai Sungai Ular.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri merancang 10 acara pelancongan di pantai sepanjang 2016 antaranya ‘Slide The City Kuantan’, ‘Kuantan Beach Run’, ‘Teluk Cempedak Downhill Challenge’, ‘Cherating Eco & Environment Green Run’ dan ‘Beserah Tengkujuh Ride’.

“Ini adalah acara pemanas dan promosi kepada Tahun Melawat Pahang 2017 kerana ramai peserta luar negara turut mengambil bahagian. Kita mahu pelancong tahu keindahan pantai supaya mereka kembali semula pada tahun depan bersama keluarga,” katanya.

Mohd Sharkar berkata dalam penganjuran sukan pantai, keselamatan menjadi aspek paling penting selain faktor infrastrukur, iaitu mempunyai laluan masuk dan penginapan yang memudahkan pelancong untuk kembali.

Mengulas mengenai ‘Balok Wind Challenge’, beliau berkata 80 peserta termasuk 32 peserta dari Jerman, Australia, Korea, England, Itali, Thailand, Singapura dan Jepun mengambil bahagian dalam program sukan air lasak itu.

Lima kategori dipertandingkan iaitu luncur angin, luncur layang, perahu layar (optimist), perahu layar (laser) dan ‘stand-up paddle’ yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM31,650.

Acara tiga hari yang bermula semalam, berpusat di De Rhu Beach Resort, Balok di sini, merupakan anjuran Hudata Intergrated dengan kerjasama Tourism Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jEYEmw9U_C4[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd