PENYANYI remaja, Najwa Latif kini telah mula mengamalkan diet sejak beberapa bulan yang lalu demi menjaga kesihatan dan mengikuti nasihat ibunya.
Dia juga berasa risau kerana ada juga antara ahli keluarganya yang mengidap penyakit kencing manis.
“Sekarang berat saya 50 kg, sebelum ni 60 kg. Saya buat perkara itu atas permintaan ibu saya, dia bimbang saya sakit jika tidak mengawal berat badan”
“Dia risau sebab keluarga kami memang ada yang mengidap kencing manis. Saya bukanlah kurus sangat, cuma saya dah lama tak muncul di TV dan mungkin sebab tu ramai yang mengatakan saya sudah kurus mendadak”
Najwa mengatakan dia hanya mengamalkan permakanan seimbang untuk kekal sihat, bukan untuk kurus secara mendadak.
“Saya diet sikit-sikit untuk jaga kesihatan, bukan untuk kurus terus. Saya juga sudah selesa dengan berat sekarang, kalau boleh nak turunkan sikit lagi”
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=U9D1NyQPZbg]