• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri TMJ Ziarah Mangsa Kemalangan Maut

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam hari ini meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan berhampiran susur keluar Nilai, Ahad lepas yang turut mengorbankan seorang wanita hamil lapan bulan.

Che Puan Khaleeda yang tiba di Hospital Tuanku Jaafar pada pukul 2.30 petang, meluangkan kira-kira 10 minit menziarahi ibu pemandu kenderaan jenis Toyota Wish, Faudziah Mohd Ali, 59, yang terlibat dalam kemalangan itu.

Selain mendapatkan perkembangan terkini Faudziah, Che Puan Khaleeda turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.

Beliau kemudian turut berkenan menziarahi anak penumpang kenderaan itu, Zarul Hidayat Mokhtar, 32, iaitu Maya Mayree, 2, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.

Kemalangan di KM 279.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) itu mengorbankan isteri Zarul yang mengandung, Suzan Safarina Rosli, 30, dan adiknya Nadiah Hidayayul Syima Mokhtar, 28, selepas kereta yang dipandu seorang lagi adiknya, Zulfahizzat Mokhtar, 27, dipercayai hilang kawalan dalam kejadian 4.40 pagi itu.

Turut tercedera ialah Zulfahizzat, ipar Zarul, Mohd Izwan Amir Hamzah, 31, dan anak saudaranya, Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12.

Kesemua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu ke Shah Alam selepas menyaksikan perlawanan bola sepak sumbangsih Liga Malaysia antara JDT dan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Sementara itu, Faudziah ketika ditemui pemberita berkata beliau terharu dengan kunjungan itu, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerabat diraja terhadap rakyat.

“Saya tidak sangka isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan menziarahi saya… ia sedikit sebanyak memberi sokongan moral buat kami sekeluarga. Che Puan juga ada sampaikan salam TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim),” katanya.

Faudziah yang mengalami luka di mata, dijangka dibenarkan keluar hospital dalam tempoh dua hari lagi.

Bagaimanapun, Zarul yang luka di muka, badan dan kaki berkata beliau dibenarkan keluar hospital sejak dua hari lalu namun masih ada luka yang masih belum sembuh di tapak kakinya dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Mengulas mengenai keadaan anaknya, beliau berkata pada masa ini Maya dalam keadaan stabil dan terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan di leher. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qpz4A-51XmY[/wpdevart_youtube]

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd