• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Operasi Pembersihan Bauksit Ditanggung Pelombong – KP Bomba

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kos pembersihan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di kawasan terjejas oleh perlombongan bauksit ditanggung oleh pihak pelombong, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh pihak pelombong pada mesyuarat bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

“Untuk Jabatan Bomba sebanyak RM63,470 telah digunakan bagi kerja-kerja pembersihan sepanjang 84 kilometer yang melibatkan 170 anggota berkenaan.

“Kos ini melibatkan minyak, air, makan minum anggota, peralatan dan sebagainya,” katanya di sini, Jumaat.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang kepada 73 penerima serta 10 anggota lagi menerima sijil perkhidmatan 30 Tahun.

Operasi pembersihan kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit bermula 14 Jan hingga 13 Feb lepas, selaras dengan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang melibatkan kerja-kerja pembersihan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan termasuk pencucian permukaan jalan.

Secara keseluruhan operasi pembersihan jalan raya terjejas teruk adalah di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau-Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.

Mohd Nor berkata berdasarkan laporan yang diterima, operasi pembersihan yang dilakukan itu mendapat penghargaan daripada orang ramai serta pemimpin setempat.

Beliau turut melakukan tinjauan di sekitar kawasan pembersihan bauksit di beberapa lokasi sekitar Bukit Goh di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: bauksitBomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd