• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas Di Alur Sungai Kuala Besut

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia setelah terjatuh di sebatang alur Sungai Kuala Besut di Kampung Jerat Cina, Kuala Besut di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa Muhammad Darwish Loqman Zaidi yang dipercayai terjatuh ketika sedang bermain berseorangan di lokasi kejadian yang terletak di tepi rumahnya.

Ketua Polis Besut Supt Khaled Che Lah memberitahu pemberita bahawa mangsa telah ditemui tidak sedarkan diri di dalam alur berkenaan oleh anggota keluarganya setelah menyedari kehilangannya.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dihantar oleh ibunya Zainura Hamzah, 40 ke Klinik Kesihatan Kuala Besut untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.

Khaled berkata ketika kejadian bapa mangsa Zaidi Hashim, 42 tiada di rumah kerana berurusan di Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat kira-kira jam 10.00 malam tadi sebelum dituntut oleh anggota keluarga untuk dikebumikan pagi ini. – BERNAMA

Tags: kanak-kanaklemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd