• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan mungkin menimbang mengubahsuai bajet sekiranya harga minyak jatuh di bawah US$30 setong.

“Nampaknya seperti harga minyak dijangka stabil pada antara US$30 hingga US$40 buat seketika ini,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Rabu (Khamis di Malaysia).

Bajet 2016 disediakan ketika harga minyak berada pada US$48 setong, tetapi kerajaan mengubah suai bajet pada bulan lepas apabila harga minyak jatuh ke paras US$32 setong.

Pengubahsuaian bajet pada Januari dilakukan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga dan pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu ekoran penurunan harga komoditi termasuk minyak mentah.

Pengubahsuaian itu termasuk menangguhkan projek pembangunan bukan keutamaan yang membawa kepada penjimatan sehingga RM9 bilion.

Najib berkata beliau mungkin pergi ke London pada Mei ini bagi bertemu pengurus dana dan pelabur dalam usaha untuk terus berhubung dengan pemain pasaran modal.

Semasa lawatan kerja selama seminggu ke Amerika Syarikat yang berakhir Rabu (Khamis di Malaysia), Najib bertemu dengan para pengurus dana yang menguruskan dana berjumlah sehingga US$7 trilion serta para pelabur di bandar raya ini pada hari akhir kunjungan beliau. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd