• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cegah Denggi Di Sandakan Selama Sebulan

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan Operasi Mega Kawalan dan Pencegahan Denggi di daerah ini berikutan des denggi tertinggi sebanyak 259 kes dengan satu kematian dilaporkan sejak Januari hingga 15 Feb lepas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNS Dr Jenarun Jelio berkata Sandakan menyumbang 37.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 684 kes denggi di negeri ini.

Beliau berkata terdapat 20 lokaliti wabak denggi aktif di daerah ini dengan lima lokaliti merupakan titik panas iaitu Kampung Karamunting Baru, Jeti Bandar Leila, Taman Mesra, Kampung Bakau dan Kampung Berhala Darat.

Dr Jenarun berkata operasi yang dilaksanakan selama sebulan itu melibatkan 163 anggota kesihatan termasuk anggota bantuan dari daerah lain bagi mengurangkan penularan wabak denggi.

“Hasil pelaksanaan operasi yang bermula sejak empat hari lepas mendapati punca wabak denggi merebak di daerah ini disebabkan tahap kebersihan di taman perumahan dan kampung tradisi masih rendah.

“Pemantauan mendapati longgokan sampah dan pembuangan sampah di merata tempat menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Mega di sini hari ini.

Beliau yang juga Penasihat Teknikal operasi itu berkata hujan yang kerap turun turut menjadi antara faktor populasi nyamuk meningkat sekali gus menyebarkan wabak denggi di sini.

Menurutnya menerusi operasi itu, anggota kesihatan dibahagi kepada beberapa pasukan iaitu kawalan, promosi kesihatan awam kawalan denggi, Antomologi bagi memantau populasi nyamuk Aedes, penyiasatan dan penguatkusaan.

Pada masa sama, katanya sebanyak 44 kompaun bernilai RM22,000 telah dikenakan di seluruh negeri ini, manakala 98 Notis Seksyen 8 juga telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes.

Beliau turut meminta orang ramai mengambil langah pencegahan seperti melakukan kegiatan gotong-royong sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk.

Katanya orang ramai juga diminta membenarkan anggota pasukan kawalan dari JKNS membuat pemeriksaan rumah di kawasan yang bermasalah denggi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qYp-Kaf_EmM[/wpdevart_youtube]

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd