• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Mengandung Elak Hukuman Gantung

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT pengawal penjara Vietnam digantung perkhidmatan selepas seorang banduan wanita yang dihukum mati, mengandung dengan menggunakan air mani diseludup, bagi mengelakkan hukuman berkenaan dijalankan.

Nguyen Thi Hue, 42, telah membayar sebanyak 51,235,634 dong Vietnam (kira-kira RM9,529) kepada banduan lelaki yang berusia 27 tahun, Nguyen Tuan Hung untuk mendapatkan spermanya.

Tuan Hung, kemudian memasukkan air maninya ke dalam jarum untuk diserahkan kepada Thi Hue atau turut dikenali dengan nama gelaran `Rose’ pada Ogos 2015, sebanyak dua kali.

Wanita tersebut yang sudah dihukum mati kerana mengedar dadah kemudiannya disahkan berjaya mengandung.

Thi Hue dijangka melahirkan anak dalam masa dua bulan lagi. Keadaan ini memaksa hukuman mati itu terpaksa dikurangkan kepada hanya penjara seumur hidup.

Ini kerana undang-undang Vietnam menetapkan wanita yang mengandung atau ibu kepada anak kecil yang berusia kurang 36 bulan, tidak boleh dihukum mati.

Dia ditangkap pada 2012 dan dijatuhkan hukuman mati pada 2014. Thi Hue bukan calang-calang orang kerana dia menjadi kaya dengan menjalankan kegiatan pengedaran dadah serta seks.

Thi Hue pernah menjadi ratu dalam operasi menyeludup dadah. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]PezX3jEyxmU[/wpdevart_youtube]

Tags: banduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd