• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Bekerja Keras Kurangkan Kadar Jenayah

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Sarawak mempunyai dua bulan lagi untuk menambah baik indeks jenayah di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman.

“Statistik jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan tahun ini, tetapi kami masih mempunyai dua bulan lagi untuk menambah baik indeks jenayah, terutamanya dalam mengurangkan kes pecah rumah, yang meningkat tahun ini.”

Muhammad Sabtu berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam pesuruhjaya polis Sarawak bersama media di mes pegawai ibu pejabat polis Sarawak di sini malam tadi.

Sambil menarik perhatian bahawa kadar jenayah di negeri ini semakin berkurangan, beliau meminta media di Sarawak untuk membantu polis dalam memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat dan membantu mendidik masyarakat tentang cara mengelak kejadian jenayah menerusi artikel yang mereka hasilkan.

Beliau bagaimanapun menasihati media agar tidak menyiarkan berita yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan kes jenayah tertentu.

Muhammad Sabtu turut meminta semua ketua polis daerah agar bekerjasama rapat dengan media, dengan memberi maklumat yang perlu berkaitan kes jenayah di kawasan masing-masing, namun bukan kes yang masih dalam siasatan.

Beliau berkata bagaimanapun pegawai penyiasat kes tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan akhbar kepada media.

Pada majlis itu, Muhammad Sabtu menyerahkan surat penghargaan kepada organisasi media.

Kata beliau, mulai tahun depan, polis Sarawak akan memberi penghargaan kepada tiga wartawan jenayah paling cemerlang dalam usaha menggalakkan wartawan jenayah menghasilkan berita yang tepat.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan bersempena majlis itu, Muhammad Sabtu berkata kesedaran pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah akan dipertingkatkan menerusi kelab pencegahan jenayah sekolah.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 319 kelab seperti itu di negeri ini iaitu 214 di sekolah rendah dan 106 di sekolah menengah.

Muhammad Sabtu turut menyerahkan 55 papan kenyataan kepada sekolah yang mempunyai kelab pencegahan jenayah, dan baki sekolah terlibat di seluruh negeri ini akan menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata pemasangan papan kenyataan di sekolah itu bertujuan menyampaikan berita terkini dan isu semasa tentang aktiviti kelab pencegahan jenayah, kadet polis sekolah serta perkara lain berkaitan kesedaran pencegahan jenayah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manifesto PH Janji 250,000 Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Johor

Manifesto PH Janji 250,000 Pekerjaan Bergaji Tinggi Di Johor

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) hadir dengan janji-janji baharu untuk rakyat Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd