• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tendangan Ajaib Faiz Subri Tarik Perhatian Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nama Mohd Faiz Subri menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas pemain skuad bola sepak Pulau Pinang itu menjaringkan satu gol istimewa malam tadi.

Faiz menjadi sanjungan ramai apabila tendangan bebas yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia.

Laman berita dalam talian British Independent (www.independent.co.uk) melaporkan bahawa tendangan bebas Faiz yang amat luar biasa itu pasti manjadi calon bagi Anugerah Puskas FIFA 2016.

“Faiz Subri akan menjadi pesaing bagi anugerah yang mengiktiraf gol terbaik pada tahun ini hasil jaringan daripada tendangan bebasnya yang sungguh luar biasa itu.

“Tendangan pemain berusia 28 tahun ini bukan sahaja mengejutkan penjagol gol pasukan lawan, malah dianggap bercanggah dengan hukum fizik.

“Tendangan Faiz sungguh berbisa kerana setelah bola pada mulanya menghala ke suatu arah, ia kemudian melencong ke arah lain dan menerjah ke penjuru gawang gol,” kata laporan itu.

Gol itu dijaringkan dalam perlawanan antara Pulau Pinang dengan Pahang di Stadium Bandaraya, yang sekali gus membantu Pulau Pinang menang 4-1.

Portal berita itu juga memuat naik video sepanjang 17 saat mengenai jaringan gol tersebut daripada siaran langsung melalui saluran televisyen TV9.

Gol yang dijaringkan pada minit ke-62 itu juga menjadikan Mohd Faiz bahan ‘trending’ dalam laman Twitter.

Tendangan bebas Mohd Faiz itu pasti mengembalikan ingatan para peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1998.

Jaringan Mohd Faiz dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia melalui media sosial.

Anugerah Puskas diperkenalkan FIFA pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik pada sesuatu tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CEja1c_9vqA[/wpdevart_youtube]

Tags: Faiz Subri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Bakal Calon Kapten Skuad Harimau Kumbang?

14/01/2018
0

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang dalam menghadapi Liga Perdana bermula awal bulan...

Faiz Subri, Jafri Sedia Berkelana Ke Pasukan Lain

23/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd