• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tawar Khidmat Seks Di Hotel Seluruh Negara Ditahan

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri seluruh negara ditahan di hotel di Melaka Raya, di sini Sabtu lepas.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata wanita itu, yang menggunakan nama samaran ‘Miss Nora’, menawarkan aktiviti tidak bermoral menerusi media sosial dengan meminta pelanggan membuat bayaran deposit sebelum ‘menempah’ perkhidmatan itu.

Beliau berkata wanita yang masih berstatus isteri itu berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguatkuasa JAIM hasil aduan orang awam, kira-kira 10.55 malam di bilik hotel berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di bilik tersebut kami menemui sebotol pelincir, 14 kondom termasuk satu telah digunakan, wang tunai lebih RM6,000 dipercayai hasil aktiviti pelacuran yang dilakukannya, dua telefon bimbit serta sebuah laptop,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Rahimin berkata sebuah buku log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di setiap negeri yang ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel tersebut.

Beliau percaya wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas.

Katanya wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri dan boleh didenda RM2,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Tx4FUAWQoNo[/wpdevart_youtube]

Tags: seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd