• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Terengganu Rekod 175 Kesalahan Perniagaan Sejak Jan

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Terengganu merekodkan 175 kesalahan perniagaan menerusi operasi yang dijalankan sejak 1 Jan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud berkata ia melibatkan pelbagai kes dengan nilai rampasan sebanyak RM54,069.58 dan jumlah kompaun bernilai RM25,400.

“Setakat 11 Feb lalu, kami melakukan pemeriksaan di 2,683 premis perniagaan di seluruh Terengganu. Pemeriksaan ini akan berterusan selaras dengan usaha kerajaan membantu pengguna dalam aktiviti jual beli harian mereka.

“Kami lakukan pemeriksaan di pelbagai jenis premis sama ada pusat borong atau jualan runcit, di bandar atau pedalaman. Kami akan lakukan pemeriksaan ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Daripada 175 kes itu, 103 kes dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, 46 kes (Akta Timbang dan Sukat 1972), 23 kes (Akta Perihal Dagangan 2011), dua kes (Akta Kawalan Bekalan 1961) dan satu kes (Akta Perlindungan Pengguna 1999).

Roslee berkata daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 64 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM34,915.66 dan jumlah kompaun bernilai RM9,150, diikuti Besut dengan 47 kes di mana nilai rampasan ialah RM351 dan jumlah kompaun RM5,700.

“Seterusnya, Dungun dengan 39 kes (nilai rampasan RM8,036 dan jumlah kompaun RM6,200) manakala Kemaman dengan 25 kes di mana nilai rampasan ialah RM10,766.92 dan jumlah kompaun RM4,350,” katanya.

Roslee berkata pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap setiap laporan yang diterima mengenai kesalahan peniaga.

“Dalam setiap operasi yang diadakan, kami sering nasihatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd