• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selcat Adakan Pendengaran Awam Mengenai Wabak Denggi 23 Feb Ini

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) akan mengadakan pendengaran awam mengenai ‘Wabak Denggi di Selangor’ pada 23 Feb ini, kata pengerusinya Hannah Yeoh.

Beliau berkata jawatankuasa itu memutuskan untuk menyiasat perkara berkenaan berikutan Selangor merekodkan kadar jangkitan wabak denggi yang tertinggi di negara ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini Jabatan Kesihatan Selangor, untuk 2015, sebanyak 63,198 kes denggi dilaporkan dan menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 7,335 kes denggi dilaporkan untuk tempoh 1 Jan 2016 sehingga 2 Feb lepas.

“Tujuan pendengaran awam ini adalah untuk menyiasat punca penyebaran penyakit denggi, kecekapan pengurusan, pelaksanaan aktiviti pencegahan dan pembanterasan serta perbelanjaan dana dalam usaha menangani wabak denggi di Selangor.

“Selain Kementerian Kesihatan, tugas dan tanggungjawab untuk memastikan wabak denggi ini terkawal, juga terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah, Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Selangor. Jawatankuasa juga mengambil maklum kerisauan wabak virus Zika,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hannah berkata dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kesemua pegawai berkaitan dari Jabatan Kesihatan Selangor, PBT serta Pejabat Tanah dan Daerah telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada SELCAT.

Pendengaran awam tersebut boleh diikuti di laman sesawang Selangorku http://www.selangorku.com atau http://tv.selangorku.com/ bermula 10 pagi, katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd