• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Gesa Generasi Muda Bentuk Budaya Positif

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa generasi muda agar membentuk budaya positif dalam menghadapi cabaran dunia moden dan globalisasi.

Titah baginda dalam menempuh cabaran dunia moden dan globalisasi ini, rakyat terutamanya generasi muda hendaklah memiliki ‘minda juara’ yang bersedia melakukan perubahan.

“Jika ada halangan, cari jalan untuk atasi cabaran. Jika ada masalah, selesaikan secara bijak dan berhemah. Jika kurang ilmu, belajarlah tanpa jemu.

Di samping itu, guru dan teman-teman di sekolah juga mejadi pendorong atau ‘tapak’ untuk membentuk perubahan positif tersebut,” titah baginda semasa merasmikan program Titian Kasih Mega peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, di sini semalam.

Keberangkatan baginda disambut Pemangku Pengarah Pendidikan Perlis, Amran Rejab dan pengetua sekolah Ayub Ahmad. Hadir sama Setiausaha YTSP Perlis Datuk Johari Darus.

Program motivasi yang masuk tahun kelapan itu dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis bertemakan “Ke Arah Rakyat Negeri Perlis Bermentaliti Kelas Pertama.”

Baginda bertitah generasi muda menjadi agenda terpenting dalam pembangunan sosio budaya dan ekonomi yang seimbang, justeru masyarakat perlu mengembleng usaha membentuk persekitaran yang baik ke arah melahirkan generasi muda yang kental jati diri.

Raja Muda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) bertitah usaha mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama di negara ini juga perlu diteguhkan demi kemakmuran dan kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.

Baginda turut berkenan merasmikan ‘Kitchen Garden’ Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran yang diwujudkan di sekolah itu untuk memberi pendedahan dan menerapkan disiplin bekerja dalam kalangan pelajar pendidikan khas di sekolah itu dan ‘Modul Pembelajaran Pra-Vokasional (Bakeri) PPKI yang bermula Januari lepas. – BERNAMA

Tags: BeliaRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd