• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Akan Selesai Segera Isu Logo ‘Tiada Babi’

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyelesaikan isu penggunaan logo ‘tiada babi’ dan ‘tiada daging babi dan lemak babi’ secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian itu akan memberi perhatian memperbetulkan definisi dan penggunaan istilah berkenaan.

“Saya akan pastikan untuk perbaiki dan meletakkan definisi dan penggunaan istilah yang khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan syak wasangka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kementerian itu di sini Selasa.

Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan unit penguatkuasaan yang lain dalam menjalankan serbuan ke atas premis warga tempatan yang menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing.

“Kita nak tentukan lesen yang telah dikeluarkan digunakan dengan sebaik mungkin. Majikan tempatan dibenarkan mengambil warga asing bekerja di premis mereka tetapi mesti ada permit yang sah.

“Yang jadi masalah ialah apabila mereka mengambil pekerja asing tanpa permit atau tanpa permit yang sah,” tegasnya.

Seramai 96 orang menerima APC 2015 yang turut melibatkan tiga agensi di bawah kementerian itu iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]P1WqwPrRRmY[/wpdevart_youtube]

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd