• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Tingkatan 5

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Pengawal keselamatan yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima Oktober lepas, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merogol gadis tersebut.

Tarmizi Yaakob, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berkenaan yang merupakan kekasihnya pada pukul 7.30 pagi di Teluk Kumbar dekat sini pada 25 Okt tahun lalu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh Tarmizi yang hanya tunduk mendiamkan diri ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Azzuin Moati.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya J.G. Kaameini.

Sementara itu, di mahkamah yang sama Nur Azzuin turut menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes bunuh yang dihadapi oleh Tarmizi.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi memohon tarikh sebutan baharu untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding itu, Shafiq turut memaklumkan mahkamah bahawa laporan bedah siasat mangsa telah siap.

Pada 6 Nov lepas, Tarmizi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh gadis itu di tempat sama antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam, 25 Okt tahun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes rogolpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd