• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Bawa 3.61 Juta Penumpang Pada 2015

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd (AAX) membawa 3.61 juta penumpang pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015, susut 15 peratus berbanding 4.23 juta penumpang pada tahun kewangan 2014.

Dalam perangkaan operasi awalnya, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata kapasitinya berkurangan enam peratus kepada 4.85 juta berbanding 5.16 juta sebelumnya.

“Tahun kewangan 2015 merupakan tahun yang mencabar, dengan kumpulan berdepan dengan persaingan dalam industri, ketidaktentuan mata wang, keadaan kawal selia yang tidak menentu bagi Thailand dan Indonesia, serta pelbagai situasi yang tidak diduga,” kata syarikat itu.

Namun jumlah muatan penumpang AAX naik dua mata peratusan berbanding tahun sebelumnya kepada 83 peratus pada suku keempat 2015 daripada 81 peratus yang dicatatkan pada tempoh sama pada 2014.

“Pencapaian positif ini didorong oleh aktiviti pemasaran yang agresif, sambungan Fly-Thru yang dipertingkat dalam tahun kewangan 2015 dan penumpang kembali selepas keadaan pasaran yang mencabar pada tahun 2014 dan separuh pertama 2015.

“Bagaimanapun, peningkatan dihalangi oleh pemulihan lebih perlahan daripada yang dijangkakan bagi operasi Kathmandu selepas gempa bumi Nepal,” kata syarikat berkenaan.

Bagi Thai AirAsia X, jumlah penumpang sebanyak 83 peratus pada suku keempat 2015 semasa akhir tahun, manakala prestasi operasi keseluruhan Indonesia AirAsia X mencatatkan trend yang konsisten dalam suku keempat 2015.

Mengenai masa depan bagi 2016, AAX sentiasa berhati-hati dan terus meneroka inisiatif strategik untuk memastikan pertumbuhan mampan. – BERNAMA

Tags: AirAsiapenumpang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd