• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hindari Sertai Puak Militan Di Negara Bergolak

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini patut mendengar nasihat  mufti dan tokoh agama sebelum ini yang tidak membenarkan mereka terlibat dengan gerakan militan di luar negara kononnya atas dasar jihad.

Tiada fatwa baharu akan dikeluarkan berhubung perkara itu kerana rakyat sudah diberitahu bahawa sememangnya perkara ini tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

“Mana-mana individu yang kurang pasti mengenai konsep sebenar jihad perlu membuat rujukan dengan pihak berkuasa agama negeri atau pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan agihan bantuan peralatan sekolah sumbangan Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam menyarankan pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa rasmi seperti yang dibuat beberapa negara termasuk Arab Saudi mengharamkan rakyat mereka berjihad di negara bergolak khususnya Syria.

Menurut Ayob Khan, ini sebagai langkah membendung usaha merekrut militan ke negara terlibat, seperti yang cuba dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia melalui Facebook.

“Justeru, saya menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana gerakan yang kononnya berlandaskan jihad kerana masih tidak pasti hujung pangkal perjuangan mereka,” tegas Jamil Khir.

Beliau menjelaskan umat Islam sebaliknya digalakkan membantu saudara seagama seperti di Palestin yang menjadi mangsa serangan rejim zionis.

“Umum memahami jihad hanya dalam konteks berperang tetapi ia sebenarnya merangkumi aspek lain termasuk menyumbangkan ubat-ubatan, pakaian serta dana bagi membina semula petempatan yang musnah,” katanya.

Agihan kelengkapan persekolahan bernilai RM4.59 juta yang dilancarkan hari ini akan memanfaatkan secara keseluruhan lebih 20,000 pelajar. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd