• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Permit Kelulusan Bawa Keluar Baki Bauksit Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP) baharu untuk memastikan baki simpanan 2.4 juta metrik tan bauksit di Pelabuhan Kemaman dapat dibawa keluar ke China sebelum tamat tempoh moratorium 14 April depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semalam genap sebulan tempoh arahan moratorium kepada pengusaha bauksit untuk mengeluarkan baki simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan namun operasi membawa keluar baki bauksit itu tidak dapat dijalankan berikutan cuti Tahun Baru Cina.

“Kita bagi syarat, dalam masa sebulan untuk bawa keluar semua simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, ada dua bulan lagi… daripada 3.2 juta tan metrik bauksit sebelum ini, 2.4 juta masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal di sini hari ini.

Beliau berkata selepas tamat tempoh moratorium itu pengusaha tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menghabiskan baki bauksit yang masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan.

Dalam pada itu, Junaidi berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat bauksit dalam tempoh sebulan ini kerana semuanya ditanggung pihak pengusaha bauksit itu sendiri.

Junaidi berkata dianggarkan RM500,000 perbelanjaan digunakan untuk membersihkan kawasan terjejas iaitu Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kauntan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.

Pada 13 Jan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat perlombongan bauksit bermula 14 Jan hingga 14 Feb. – BERNAMA

Tags: bauksitWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd