• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap! Permainan Komputer Persenda Tragedi MH17

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Biadap dan sungguh tak sensitif apabila sebuah game atau permainan komputer diilhamkan daripada tragedi MH17 didapati diwujudkan pihak tertentu.

Dinamakan Euro Buk Simulator 2014, permainan ini memerlukan pemain menembak jatuh pesawat berlogo Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan peluru berpandu jenis BUK.

Selain logo MAS turut dimasukkan dalam game tersebut adalah wajah Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pemain game memperoleh mata dengan mengumpulkan pasport milik penumpang yang jatuh dari pesawat ditembak tersebut.

Jelas, permainan ini bukan sahaja memperolok-olokkan tragedi dunia penerbangan melibatkan negara kita malah tidak hormat langsung perasaan keluarga mangsa nahas yang datang dari pelbagai negara.

Agak mengejutkan apabila sebuah laman web Belanda melaporkan permainan ini dipercayai datang dari negara tersebut berdasarkan alamat protokol internet dan domain.

Hal ini kerana sebahagian besar mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu hingga mengorbankan keseluruhan 298 penumpang merupakan warga sana.

Dipercayai atas sebab ini juga, Euro Buk Simulator 2014 kini sudah dilenyapkan terus dari dunia maya oleh penggodam yang meninggalkan pesanan dalam Bahasa Belanda menyatakan bahawa kebebasan internet tidak salah tapi ia seharusnya masih punya batas dan rasa hormat. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

Tags: MH17Permainan Komputer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd