• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Lanun, Rompakan Laut Menurun Kepada 2 Kes Setahun

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

PUTRAJAYA – Sejak mengambil alih kawalan kawasan perairan dan wilayah pantai Malaysia 11 tahun yang lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya mengurangkan kegiatan lanun dan rompakan laut kepada hanya dua kes setahun.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata 38 kes dilaporkan di Selat Melaka pada tahun 2004 tetapi apabila APMM ditubuhkan pada tahun berikutnya, hanya 10 kes berlaku.

“Sejak itu, ia berada dalam aliran menurun dengan dua kes dilaporkan pada tahun 2014 dan satu kes pada tahun lepas,” katanya dalam satu temu bual.

Katanya, tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka terpaksa melawan lanun, rompakan laut, penyeludupan manusia dan penyeludupan.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman bersama tentera laut, Ahmad Puzi menekankan integriti dan kejujuran di kalangan anggotanya.

“Apabila anda berada di laut, anda perlu percaya dengan orang yang dekat dengan anda. Apa-apa sahaja boleh berlaku di luar sana.

“Disiplin kami sangat ketat. Sepanjang 11 tahun berkhidmat, hanya 30 anggota telah dilepaskan daripada salah laku, ” katanya.

Agensi itu, katanya, telah bekerjasama dengan polis marin, tentera laut dan Jabatan Laut untuk mengawal pantai.

Ahmad Puzi berkata tugas mereka adalah untuk membuat kawalan di sepanjang lebih 6,000km perairan pantai dan sempadan, di mana pengumpulan maklumat risikan adalah penting dalam menjalankan rondaan laut.

“Penyeludup, pengendali feri haram dan sindiket jenayah sentiasa menukar laluan mereka dan titik pendaratan untuk mengelak tangkapan. Kami mempunyai perkongsian risikan yang lancar dengan agensi-agensi yang terlibat,” katanya yang menolak dakwaan tentang hubungan tidak baik di antara APMM dan agensi-agensi lain.

Beliau berkata sejak 2006, seramai 6,734 anak kapal nelayan asing telah ditangkap.

Daripada 840 buah bot yang disita, ada yang diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam manakala yang lain ditenggelamkan untuk digunakan sebagai terumbu karang tiruan.

Mengenai penglibatannya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), beliau berkata empat pos baharu telah diwujudkan untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaannya.

“Keempat-empat pangkalan baharu akan berada di Lahad Datu, Kudat, Tawau dan Sandakan. Kami menambah stesen udara di Kota Kinabalu.

“Kami juga mempunyai empat buah bot Seahawk dan tiga bot Cenderawasih yang sedang melakukan rondaan dalam kawasan Esscom,” kata beliau.

Mengenai anggota militan Negara Islam, Ahmad Puzi berkata anggotanya telah menjalankan pemeriksaan terhadap kapal dan bot untuk memastikan pengganas tidak tiba di bumi Malaysia.

Katanya, APMM juga sedang memantau kakitangannya bagi memastikan tiada yang bersimpati dengan mereka. – mStar Online

Tags: APMMLanun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd