• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paus Terdampar Di Pantai Rambah Berkemungkinan Akibat Cedera

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ikan paus yang ditemui terdampar di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian, Isnin lalu berkemungkinan tercedera, menyebabkan haiwan itu terpisah daripada kumpulannya.

Menyatakan demikian hari ini, Dekan Fakulti Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata:

“Paus berkenaan mungkin telah terkena kapal ataupun kipas kapal menyebabkan ia tercedera sehingga menjejas sistem navigasinya.

“Ini menyebabkan haiwan itu tersesat berhampiran Pontian.

“Tetapi agak melucukan apabila ada pihak sebelum ini mengaitkan gangguan emosi sebagai antara punca kematian haiwan mamalia itu.

“Ini kerana bedah siasat sendiri mendapati ia mati disebabkan lumpur yang memenuhi peparunya,” katanya kepada Bernama di sini.

Sebelum ini, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim Muhammad Zulkifli Abdullah berkata paus terbabit dianggar berenang sejauh 90 batu nautika dari Pontian, sebelum terdampar di muara Sungai Sarang Buaya.

“Paus itu masih hidup ketika ditemui nelayan dan kemudian didapati mati selepas tersangkut di dalam mendapan lumpur, kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata paus berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan itu merupakan spesies terancam yang disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).- BERNAMA

[wpdevart_youtube]XLfluUxrK60[/wpdevart_youtube]

Tags: Ikan Paus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd