• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Cadang Denda Pasukan Tarik Diri Daripada Piala FAM

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan denda terhadap pasukan yang menarik diri dalam saingan Piala FAM pada musim seterusnya.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan langkah tersebut penting dalam memastikan pasukan bertanding tidak sewenang-wenangnya menggunakan alasan ‘kekangan kewangan’ untuk menarik diri dalam Piala FAM yang sebelum ini dikenali sebagai Liga FAM.

Beliau menjelaskan badan induk itu sebelum ini hanya mewajibkan pasukan bertanding menyediakan jaminan kewangan selain diberi peringatan untuk bersaing dalam Piala FAM dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.

“Kita tidak mahu sesebuah pasukan hanya bersaing untuk jangka masa singkat sebelum menarik diri, jadi adalah penting sesebuah pasukan mempunyai kewangan yang kukuh bagi bersaing dalam Piala FAM,” katanya.

Afandi berkata demikian pada sidang media selepas majlis undian Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2016, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan badan induk berkenaan juga bersedia mempertimbangkan cadangan penggunaan pemain import dalam saingan Piala FAM bagi merancakkan lagi kejohanan itu yang diperkenalkan sejak 1952.

Katanya perkara berkenaan bagaimanapun akan dibawa ke Jawatankuasa Eksekutif FAM yang mempunyai kuasa untuk memutuskan cadangan baharu daripada pelbagai pihak berhubung penambahbaikan dalam pertandingan tempatan.

“Penggunaan pemain import itu hanyalah di peringkat cadangan namun kita hanya melaksanakan perkara berkenaan setelah mendapat pandangan daripada semua pihak kerana pasukan yang layak nanti akan bersaing dalam Liga Perdana,” kata Afandi. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd