• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Arahkan WhatsApp Buang Emoticon Berunsur LGBT

oleh AK-47
14/02/2016
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI mengekang gejala LGBT, kerajaan Indonesia telah merancang untuk menghalang penggunaan beberapa ikon bergambar kontroversi yang telah dicetuskan oleh aplikasi perbualan WhatsApp.

Di Indonesia, seperti di Malaysia perkahwinan sejenis adalah tidak dibenarkan dan golongan homosexual boleh dipenjarakan kerana orientasi seksual mereka.

Sebelum ini, aplikasi pemesejan Line telah membuang ikon bergambar berunsur LGBT dari aplikasi mereka.

Emoticon ini sebelum ini boleh dimuat turun oleh pengguna sekiranya perlu.

Line membuang emoticon tersebut selepas menerima rungutan dari pengguna yang mengatakan Line tidak menghormati sensitiviti dan budaya Indonesia yang memerangi LGBT.

Menyedari hakikat ini, pengguna lain turut merungut bahawa emoticon LGBT adalah terbina di dalam setiap aplikasi WhatsApp.

Mereka mahu WhatsApp mengikuti langkah Line dan membuangnya dari aplikasi ini di Indonesia.

Pegawai perhubungan awam Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Ismail Cawidu dipetik menyebut kementerian mereka akan menghubungi pihak WhatsApp untuk membuang emoticon yang dikatakan tidak menghormati budaya timur Indonesia ini.

Beliau risau kewujudan emoticon ini akan menimbulkan keresahan orang awam dan mempengaruhi anak-anak kecil supaya menerima budaya LGBT.

Reaksi dari warga Indonesia adalah bercampur baur, ada yang mengatakan kerajaan juga perlu mengarahkan Facebook dan Twitter untuk turut membuang emoticon LGBT pada aplikasi mereka.

Pada waktu yang sama pengguna yang lebih celik teknologi menerangkan adalah mustahil untuk membuang emoticon LGBT dari papan kekunci kerana ianya terbina mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Unicode.

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Kami merasakan banyak isu lebih besar yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia dari menjadi polis emoticon dunia siber.

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Kami merasakan walaupun mungkin sesetengah pihak menggangap emoticon berunsur LGBT ini adalah perkara remeh namun kami amat menyokong tindakan Indonesia dalam menjaga pegangan agama dan tata tertib masyarakat.

Bayangkan sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan, masyarakat secara tidak langsung akan menerima kewujudan LGBT tanpa rasa malu.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Detik

Tags: aplikasigayIndonesiaLGBTwhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd