• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpaduan Kaum Tonggak Keharmonian, Keamanan Negara

oleh Ahmad Albab
14/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perpaduan kaum merupakan tonggak dalam memastikan keharmonian dan keamanan negara terus kukuh.

Beliau berkata usaha berterusan dalam memastikan negara terus makmur perlu dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

“Kami berharap ketibaan Tahun Monyet tahun ini dapat memberi satu semangat kerana ia merupakan lambang kebijaksanaan yang akan membawa negeri ini khususnya, terus maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan Perak di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Tak, Kampung Simee di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Penasihat Gerakan Tan Sri Chang Ko Youn, Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon serta kira-kira 1,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada 20 penerima yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]37GKWT4-ixQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd