• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bazar Rakyat Jadi Mercu Tanda Baharu Pekan Kota Belud

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Bazar Rakyat bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu pekan Kota Belud apabila ia siap pada 2018, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata Bazar Rakyat, yang dibina di kawasan seluas 0.74 hektar dengan kos RM19 juta, dibangunkan dengan fasiliti lengkap dan selesa untuk para peniaga selain ruangan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Katanya bangunan tiga tingkat itu akan menerapkan ciri-ciri budaya tempatan Kota Belud selain pelbagai lot perniagaan disediakan merangkumi bahagian pasar basah, bahan kering, baju, kraftangan dan makanan.

“Bazar Rakyat ini akan menjadi sebuah pasar lengkap, tersusun dan mampu menampung bilangan peniaga di daerah ini meningkatkan ekonomi mereka.

“Keperluan masyarakat tempatan Kota Belud akan terus menjadi agenda utama saya dalam merancang pembangunan bagi mentransformasi daerah ini setanding daerah maju lain,” katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Bazar Rakyat Kota Belud di sini, Sabtu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Abdul Rahman berkata pembinaan bazar itu juga merupakan usaha kerajaan menaik taraf imej pekan Kota Belud.

Selain menjadi prasarana pasar, beliau juga mahu bazar itu menjadi antara lokasi tarikan pelancongan ke Kota Belud yang sememangnya sinonim dengan aktiviti tamu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata kementerian itu akan melancarkan Program Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Mei ini bertujuan membawa pentadbiran PBT menjadi lebih telus, holistik dan inklusif.

Justeru itu, kementerian akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi menyelaras garis panduan dan tindakan bersepadu yang dibuat bagi mentransformasikan PBT di seluruh negara.

“Kita tidak akan membuat apa-apa perubahan tanpa konsultasi dengan kerajaan negeri dan setakat ini, kerajaan negeri memberi respons baik. Saya harap program ini akan berjaya kerana ia turut membabitkan pandangan orang ramai,” katanya.

Abdul Rahman juga mahu PBT dan Majlis Daerah bersikap lebih terbuka dan telus selain menjadikan aktiviti bertemu rakyat sebagai platform menjelaskan cabaran dihadapi dalam membangunkan di daerah mereka.

Pada majlis sama, Abdul Rahman turut menyampaikan Waran Peruntukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebanyak RM60 juta serta cek bantuan kadar dan geran tahunan kepada PBT Sabah masing-masing RM34.7 juta dan RM35.9 juta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4Kns-VhX9uI[/wpdevart_youtube]

Tags: bazar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hapus Bazar Jalan TAR, PH Cuba Padam Imej Melayu?

27/06/2018
0

SATU demi satu imej Melayu dan Islam di negara ini mula terhakis secara perlahan-lahan sejak Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa...

Tiada Lagi Bazar Raya Di Jalan TAR Selepas Ini

26/06/2018
0

MUKTAMAD… Mulai tahun hadapan, tiada lagi bazar perayaan yang sinonim diadakan sejak dahulu menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jalan Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd