• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Keselamatan Bantu Pendaki Naik Gunung Baling

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Majlis Daerah Baling (MDB) akan mengkaji untuk memperketat langkah keselamatan kepada mereka yang mandaki Gunung Baling termasuk menyediakan jurupandu, kata Pegawai Daerah Baling, Dzohir Md Zain.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perkara tidak diingini kepada mereka yang mendaki gunung tersebut yang jumlah pendakinya semakin bertambah.

“MDB akan turut melatih jurupandu supaya dapat membantu pendaki agar tidak tersesat laluan,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, empat remaja dilapor sesat ketika mendaki gunung tersebut dan lima remaja turut dilapor sesat pada Sabtu lalu.

Sementara tiga hari lepas berlaku kebakaran hutan seluas empat hektar di gunung itu yang kerja-kerja memadam api ditamatkan semalam walaupun api masih belum dipadamkan sepenuhnya hingga ketika ini.

Dzohair berkata antara elemen lain yang dikaji ialah untuk mewujudkan unit khas bagi membantu sekiranya pendaki menghadapi kesukaran semasa mendaki.

“Kemungkinan juga selepas ini mana-mana individu yang ingin mendaki gunung ini perlu mengisi borang dan mendapat keizinan dari pihak MDB terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagaian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran yang mengakbatkan aktiviti pendakian terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Pendaki juga diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran semasa melakukan ekspedisi pendakian termasuk membuang puntung rokok sesuka hati,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JXcIpzhydpc[/wpdevart_youtube]

Tags: gunung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jutawan Nak Beli Gunung RM63 Juta!

10/02/2019
0

JIKA ditanya apakah yang anda akan lakukan jika anda seorang jutawan, anda mungkin mahu membelikan sebuah rumah untuk ibu bapa...

Empat Pendaki Maut Cuba Tawan Nevado Mateo

10/01/2019
0

LIMA - Tiga pendaki gunung dari Sepanyol dan jurupandu tempatan terbunuh ketika mendaki puncak bersalji di Andes, kata pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd