• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempat Tinggal Perlu Sebelum Bawa Masuk Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyebut perlunya pekerja asing disediakan tempat tinggal bagi mengelakkan pihak berkuasa berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk penempatan dan sosial.

Langkah ini juga dapat mengawal keadaan kemasukan pekerja asing dengan lebih sistematik, kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Peminat Berbasikal dan Kebajikan di Kampung Sungai Rinting, Pasir Gudang, di sini.

Kenyataan beliau ini dilihat ada kaitan dengan rancangan kerajaan Pusat untuk membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pemilik industri atau kilang perlu bertanggungjawab, seperti menyediakan tempat tinggal pekerja tersebut.

“Majikan tidak boleh membiarkan pekerja asing menyewa merata tempat,” kata beliau.

Mohamed Khaled berkata pihaknya banyak menerima rungutan daripada masyarakat mengenai pekerja asing ini membawa masalah kepada penduduk tempatan.

“Kami tidak mahu pekerja asing ditempatkan di kawasan berdekatan masyarakat setempat bagi mengelakkan masalah pertembungan sosial berlaku,” katanya.

Selain itu industri dan kilang yang mempunyai pekerja asing harus diletakkan syarat pekerjanya mempunyai latar pendidikan minimum.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri telah memutuskan hanya beberapa kawasan sahaja di negeri ini dibenarkan bagi penempatan warga asing.

“Pemusatan ini termasuk di beberapa buah daerah di negeri ini yang merupakan kawasan perindustrian termasuk di Pasir Gudang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n90uCoGI5d0[/wpdevart_youtube]

Tags: Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd