• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

75% Jalan Raya Malaysia Bertaraf 3 Bintang Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dan pemegang taruh lain, komited meningkatkan mutu 75 peratus infrastruktur jalan raya di negara ini, untuk sekurang-kurangnya mencapai tahap tiga bintang menerusi rangkaian jalan raya berkapasiti tinggi menjelang 2020.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia adalah selari dengan objektif Plan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

“Kita memiliki banyak jalan raya berstatus tiga bintang dan ke atas kerana jalan raya di negara ini dirancang dengan baik.

“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai kerana gembira dengan program yang dilancarkan hari ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tajaan antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di sini semalam.

Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo dan Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail mewakili syarikat minyak itu dalam majlis berkenaan, manakala MIROS diwakili Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah, Prof Dr Wong Shaw Voon.

Di majlis itu, Liow turut melancarkan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP), satu program sokongan untuk mengukuhkan amalan audit keselamatan jalan raya sedia ada serta program kawasan hitam.

Ia berperanan agar jalan raya berisiko tinggi tidak lagi digunakan di negara ini.

Berbekalkan rekod kejayaannya, program itu telah diguna pakai di lebih daripada 70 negara.

Sementara itu, Iain berkata Shell Malaysia mengalu-alukan usaha MIROS untuk meningkatkan mutu keselamatan jalan raya dengan menggunakan program penilaian dan yang paling penting berkongsi maklumat dengan pengguna jalan raya supaya mereka akan lebih berhati-hati. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd