• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batu Sumpah Bakal Diwarta Tapak Warisan Negara – Nazri Aziz

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Batu Sumpah akan diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara berdasarkan kepentingannya ke atas sejarah Sabah terutamanya dalam menyertai pembentukan Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Batu Sumpah akan diwartakan sebagai Objek Warisan di bawah Seksyen 49 Akta Warisan Kebangsaan Malaysia 2005.

“Batu Sumpah ini sememangnya mempunyai kepentingan sejarah Malaysia. Maka, wajarlah ia diwartakan. Hari ini, kita akan memulakan proses menjadikan Batu Sumpah sebagai warisan negara,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai Batu Sumpah di Pejabat Urus Setia Daerah Keningau di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Batu Sumpah berbentuk tapak kaki besar di hadapan Pejabat Daerah Keningau, merupakan monumen bersejarah yang didirikan sekitar 1960-an susulan perjanjian Parti Pasok Momogun dengan Kerajaan Persekutuan untuk menghormati hak kebebasan beragama dan adat istiadat masyarakat pribumi Sabah.

Ia juga sebagai tanda taat setia masyarakat pribumi Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata kerajaan negeri Melalui Jabatan Muzium Sabah bersetuju mewartakan Batu Sumpah di bawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan 1997) Negeri Sabah.

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara akan memberi khidmat nasihat dalam aspek pemuliharaan dan pemelihaaraan serta perlindungan terhadap Batu Sumpah terutamanya semasa usaha pemindahan termasuk penyedian teks plak Batu Sumpah.

“Oleh itu, kita sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dalam usaha melindungi objek itu (Batu Sumpah), bangunan dan tapak warisan itu kelak,” katanya.

Sebelum ini, Pejabat Daerah Keningau telah bersetuju untuk memindahkan Batu Sumpah ke tapak baharu di tanah milik kerajaan berhampiran Muzium Warisan Keningau.

Pemindahan ke lokasi Baharu itu bertujuan memudahkan orang ramai dan pelancong mengunjungi Batu Sumpah, sekali gus menjadikannya antara produk pelancongan utama di daerah itu.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata pihaknya akan memastikan proses pemindahan Batu Sumpah ke tempat baharu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Peruntukan sebanyak RM15 juta untuk membina semua kemudahan di lokasi baharu Batu Sumpah akan diutarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2kbBiFwtHmw[/wpdevart_youtube]

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd