• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Negara Hentikan Pendakwaan Terhadap Azmi Sharom

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara memberhentikan pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom selepas menggugurkan pertuduhan hasutan terhadapnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata keputusan itu dibuat selepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di mahkamah.

“Demi menegakkan keadilan, dan setelah mengkaji keterangan daripada semua saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di Mahkamah, saya, Peguam Negara Malaysia selaku Pendakwa Raya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, dalam menggunakan budi bicara saya, memutuskan untuk memberhentikan pendakwaan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” kata beliau.

Apandi berkata tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan pernah dilakukan dalam kes Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim sebelum ini.

Katanya Jabatan Peguam Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pendakwaan secara adil dan saksama.

“Dalam menjalankan fungsi ini di bawah undang-undang, amalan mengkaji semula kes-kes jenayah yang telah dipertuduhkan di Mahkamah, telah dan akan diteruskan,” kata Apandi.

Azmi, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’.

Beliau didakwa menyatakan perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga telah didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Pada 14 Jan lepas, pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil empat saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi. Timbalan pendakwa raya dan peguam Azmi, Gobind Singh Deo dijadualkan untuk mengemukakan hujahan mereka pada 19 Feb ini.

Pada 6 Okt tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta Hasutan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]c67NYV6i6Jg[/wpdevart_youtube]

Tags: Azmi Sharom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belia 18 Tahun Boleh Daftar Mengundi 2 Tahun Lagi

28/08/2019
0

PUTRAJAYA - Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua tahun lagi sebelum boleh didaftarkan sebagai pengundi....

PRU15 Pelaksanaan Mengundi Umur 18 Tahun

18/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, boleh disediakan dalam tempoh dua tahun lagi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd