• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Los Angeles Untuk Lawatan Kerja Seminggu Ke Amerika

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bandar raya ini Khamis untuk lawatan kerja seminggu ke Amerika Syarikat (AS), termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California.

Pesawat membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 8.30 pagi Khamis (Jumaat 12.30 tengah malam di Malaysia).

Ketibaan perdana menteri disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib dan Rosmah dijadual mengadakan perjumpaan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Selepas itu, Najib akan ke Sunnylands untuk menyertai Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan sembilan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak dua hari itu, yang bermula Isnin (Selasa di Malaysia).

Kehadiran para pemimpin ASEAN ke Sunnylands adalah atas jemputan Obama dan ini julung kalinya Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN diadakan di luar negara ASEAN.

Bagaimana Amerika Syarikat boleh memudahkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN melalui inovasi dan keusahawanan akan dibincang pada sidang kemuncak tersebut.

Pada sidang kemuncak itu juga, para pemimpin berkenaan akan membincangkan isu mengenai keamanan, keselamatan, maritim, jenayah rentas sempadan dan keganasan.

Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengurus dana dan kapten industri serta melawat dua syarikat teknologi gergasi dunia – Apple Inc dan Tesla Motors di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia), pada akhir lawatan kerja beliau.

Sementara itu, Rosmah dijadual melawat Hospital Kanak-kanak Los Angeles di sini pada Isnin, dan Academic Talent of the University of California, Berkeley di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EHqwQ2ylAis[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd