• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misai, Jambang KJ Nampak Macam Serabai?

oleh AK-47
18/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini ramai netizen mengecam dan mengkritik penampilan terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ yang tampil bermisai dan berjambang dalam keadaan beruban serta serabai.

Ada juga yang menghentam penampilan itu kerana merasakan KJ kelihatan begitu tidak terurus serta tidak melambangkan imej sebagai seorang menteri dan ahli politik yang disegani.

Namun begitu, ada netizen turut memberi reaksi positif sebagai tanda kematangan KJ yang tanpa disedari baharu sahaja menginjak usianya kepada genap 40 tahun pada 10 Januari lalu.

Sehubungan itu, seorang netizen yang hanya dikenali sebagai Abu Aqif tampil mempertahankan imej KJ yang dilihatnya dari sudut pandang agama.

Menulis: “Menteri Berjanggut. Ramai yang komplen KJ simpan janggut kerana kononnya serabai dan beruban. Tidak sesuai dengan jawatannya sebagai menteri dan pelbagai alasan lain.

“Komen saya, bukan saya nak bela dia. Cuma dalam hal janggut ini beliau benar.

“Sepatutnya bukan dia sahaja yang menyimpan janggut. Semua orang Islam wajib simpan janggut.

“Semoga KJ dapat istiqamah berjanggut, cuma kalau dapat nipiskan lagi misai tu lagi bagus. Tapi untuk permulaan, ini sudah terbaik.

“Memelihara janggut adalah PERINTAH Nabi, jika kata sayang Nabi maka ikutlah Nabi.

“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

“Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” [HR. Muslim no. 623]

“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوا اللِّحَى

“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut.” [HR. Muslim no. 625],” tulis pemuda tersebut. – MYNEWSHUB.CC

kj

KJ in Dress Uniform

fb

Baca: Sharnaaz Ahmad Sayang Nak Buang Jambang

Juga: Ini Bukan Gosip Wak Doyok Jual Krim Jambang

Lagi: Selebriti Kelihatan Lebih Tua Apabila Berjambang

Tags: Jambangmisai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Nekad Tidak Lagi Sembunyi Jambang

20/09/2018
0

SELEPAS sedekad bercukur secara rahsia, Jessica nekad membiarkan wajah aslinya yang ditumbuhi jambang. PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang...

Pertandingan Jambang Unik… Ini Misai Ke Tanglung?

26/09/2016
0

AMERIKA SYARIKAT - Setiap tahun akan ada satu pertandingan unik yang menarik perhatian netizen dan jadi bualan di media sosial....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd