• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Utama Adalah Rakyat, Bukan Protokol – Najib

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbelanjaan yang digunakan untuk majlis sambutan lawatan kerja dan rasmi beliau serta menteri-menteri Kabinet dikurangkan selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui lawatan-lawatan kerja yang dilakukan baru-baru ini, Najib berkata beliau melihat masih ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dielakkan.

“Saya berterima kasih untuk segala persiapan menyambut kehadiran saya. Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.

“Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol,” kata perdana menteri dalam entri terbaharu beliau dalam blog NajibRazak.com.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 di Putrajaya pada 6 Jan lepas, beliau telah mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian untuk membelanjakan peruntukan yang diberi secara berhemat.

Perdana menteri berkata setiap lawatan kerja yang dilakukannya adalah bertujuan untuk bersama rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama.

“Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan sebegini agar masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya dalam setahun dua tahun ini, beliau telah merasmikan banyak majlis dan membuat lawatan kerja di seluruh negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HNZ3lpAyjzU[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd