KUALA LUMPUR – Ford, yang telah menjual 792 unit kenderaan di Malaysia pada bulan lepas, menjangka jualan akan meningkat untuk beberapa bulan akan datang dengan pengenalan model baharu.
Model baharu itu termasuk Mustang, Focus baharu, Everest SUV serba baharu, dan S-MAX MPV baharu.
Dalam kenyataan hari ini, Ford berkata trak pikap Ranger baharu menyumbang sebanyak 687 unit daripada jumlah jualan pada bulan lepas.
Ranger dilengkapi teknologi maju yang terbaik untuk mengangkut beban muatan dan mampu mengharungi air, serta pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif.
“Momentum kami berterusan sebagai permintaan terhadap Ranger baharu untuk berkembang di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company David Westerman. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]XL3kwN4VyhU[/wpdevart_youtube]