• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Disahkan Maut, Pesawat Tentera Terhempas Di Malang

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan maut dalam nahas udara membabitkan pesawat milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) di Kota Malang, Jawa Timur pagi tadi.

Kedua-dua wanita itu ialah Erma Wahyuningtia dan Nur Cholis, yang masing-masing berada di rumah mereka yang dihempap pesawat latihan berkenaan di kawasan perkampungan Blimbing, Kota Malang.

Ketika kejadian, Erma sedang mencuci pakaian manakala Nur Cholis berada di dalam rumah, lapor media tempatan.

Ketua Staf Angkatan Udara (KSAU) Agus Supriatna pula berkata turut maut ialah juruterbang pesawat EMB-314 Super Tucano itu, yang dikenali sebagai Ivy Safatillah.

Pihak berkuasa belum dapat memberi maklumat terperinci mengenai kejadian itu kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang juruteknik tentera yang turut menaiki pesawat itu masih diteruskan, katanya seperti yang dipetik media tempatan.

Agus berkata bahawa bangkai pesawat terbabit masih belum boleh dikeluarkan kerana jentera pengangkutan sukar memasuki kawasan kampung berkenaan.

“Juruterbang sudah meninggal dunia dan juruteknik sedang diselamatkan,” katanya seperti dipetik media dalam talian tempatan.

Juruterbang dan juruteknik itu dipercayai sempat menerjah keluar dari pesawat itu sebelum ia terhempas.

Sementara itu, media tempatan memetik seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat sebagai berkata bahawa mayat juruterbang itu ditemui di Jalan Tombro kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian.

Nahas kira-kira 11 pagi itu menyebabkan pesawat latihan berkenaan menghempap dua buah rumah dan sebuah surau. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hFRUSpoHd7M[/wpdevart_youtube]

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd