• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Cabar Pihak Tidak Puas Hati Berdebat

oleh Ahmad Albab
10/02/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana penyokong atau organisasi bola sepak Malaysia yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataan baginda mengenai sukan itu untuk berdebat.

Titaj baginda, debat itu boleh dilakukan secara terbuka melalui ‘telecast‘ televisyen berhubung polisi, projek, korupsi, dan apa sahaja isu mengenai bola sepak.

“Berada dalam penafian tidak akan meletakkan anda di mana-mana dalam kehidupan. Beberapa pegawai dan peminat bola sepak Malaysia menafikan hakikat, tetapi seluruh dunia mengenali potensi saya, wawasan dan pencapaian.

“Itulah sebabnya mereka sanggup bekerja dengan saya dan bukan orang lain yang terlibat dalam bola sepak Malaysia. Ini adalah fakta. Saya tidak mempunyai apa-apa jawatan mengarut dalam bola sepak Malaysia atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk dunia mengenali saya,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu bertitah, kehebatan seorang lelaki bukan diukur melalui berapa banyak kekayaan yang dimilikinya, tetapi melalui integriti dan keupayaan untuk mempengaruhi orang ramai di sekelilingnya secara positif.

Titah baginda, hakikat itu menyebabkan mengapa baginda tidak menyokong Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) kerana mendakwa badan itu hanya boneka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginda dalam pada itu menyalahkan segelintir penyokong bola sepak Malaysia, kelab-kelab, media dan laman media sosial, sebagai punca kemunduran bola sepak negara.

Titah Tunku Ismail, bola sepak negara ini semakin mundur bukan hanya kerana rasuah, tetapi kerana mentaliti golongan terbabit yang lebih tertumpu kepada perkara-perkara kecil daripada gambaran yang lebih besar untuk bergerak ke hadapan.

“Apabila saya bercakap tentang rasuah dan kekurangan semangat oleh beberapa organisasi bola sepak seperti badan induk bola sepak dan persatuan bolasepak negeri anda, yang semuanya berdiam diri.

“Selepas beberapa bulan kemudian, apabila terkena batang hidung sendiri barulah anda semua mula bising. Jangan tidak bersetuju dengan saya kerana anda cemburu dengan apa yang saya ada dalam hidup dan pencapaian saya,” titah baginda. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]d9lbEbYIrR4[/wpdevart_youtube]

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd