Golongan muda sekarang apabila emosi menguasai pemikiran, cakap kadang-kadang seperti tidak menggunakan akal.
Dalam hidup panduan utama mereka dilihat mahu menarik perhatian dan kasih sayang orang lain secara cepat tanpa berusaha mendapatkannya secara betul.
Tersebar lagi di laman Facebook hari ini apabila seorang perempuan mahu merasakan sakit apabila dirinya cedera parah dan berlumuran darah.
Tujuannya ialah untuk tengok reaksi orang yang mengenali dirinya saat dia cedera sebegitu.
“Aku teringin nak rasa kecederaan parah, teringin nak tengok reaksi korang macam mana disaat diri aku penuh dengan darah.
“Teringin nak duduk di hospital dalam keadaan tidak sedar diri dan teringin nak tahu siapa yang merindui aku, siapa yang rindu aku senyum dan gelak ketawaku.
“Siapa yang menangis melihat aku baring tak terdaya di atas katil hospital dengan penuh kebimbangan,” kata wanita itu.
Penulis rasa, wanita ini dah banyak menonton cerita filem dan drama yang banyak memaparkan adegan sakit teruk, cedera parah dan kemalangan di saat-saat akhir jalan cerita.
Biasanya di saat itu, semua orang yang menyayangi akan tampil dan sedih serta bimbang kerana si hero atau watak utama sudah cedera parah atau dimasukkan ke hospital.
Dik, itu je yang awak nampak.. kesakitan akibat cedera dan kesannya kot cacat selepas itu awak tak fikir pulak. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K


