• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Tarik Ikan Paus Di Pantai Rambah Melebihi 3 Jam

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Usaha menarik seekor ikan paus yang ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, di sini, semalam, ke bahagian laut dalam memakan masa lebih tiga jam.

Menceritakan pengalaman terbabit, seorang nelayan, Ismail Sirat, 47, berkata usaha terbabit juga terpaksa dilakukan sebanyak enam kali kerana mamalia itu ‘berdegil’ dan kembali ke semula ke bahagian cetek.

“Usaha menolak dan menarik ikan sepanjang 20 meter tersebut bermula 2.30 petang. Berlaku kesukaran kerana ikan dianggar seberat empat tan itu berpatah balik ke bahagian cetek apabila kami sudah menolak dan menariknya ke bahagian dalam,” katanya yang ditemui di Jeti Nelayan Sungai Rambah, di sini, hari ini.

Ismail berkata dia bersama abang, Hamid Sirat, 59, dan seorang rakan menarik ikan itu menggunakan sebuah bot berserta satu enjin sangkut berkuasa 115 kuasa kuda manakala sembilan individu lain termasuk dua anggota bomba menolak haiwan tersebut dengan tangan dari tepi pantai.

Beliau berkata keadaan air laut pada ketika itu mencecah paras pinggang dan usaha menarik ikan itu dilakukan menggunakan tali berukuran 15 meter yang diikat pada ekor ikan terbabit dengan bot.

Ismail berkata mereka terpaksa berhempas pulas kerana ada kalanya ikan itu bertindak agresif dengan merentap tali terbabit menggunakan ekornya yang sekali gus dikhuatiri menyebabkan air laut memasuki bot.

“Selepas 5.30 petang, barulah ikan itu berjaya ditarik sehingga ke bahagian laut dalam di kawasan perairan Pontian, iaitu kira-kira 1 batu nautika dari Pantai Rambah,” katanya.

Menurut Ismail, ikan tersebut kemudian difahamkan berenang ke bahagian laut lebih dalam kira-kira 2.6 batu nautika dari perairan Pontian dengan diawasi Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Ditanya mengenai perasaannya apabila berjaya menyelamatkan ikan itu, Ismail berkata dia berasa bangga dan menganggap tindakan pantas terbabit merupakan sesuatu yang tepat bagi mengelakkan ikan terbabit mati.

Katanya, dia amat terkejut mengenai kehadiran ikan itu yang sempat digelarnya sebagai ‘Si Corner’ di perairan Pontian memandangkan kejadian terbabit merupakan kali pertama berlaku sejak dia menjadi nelayan selama 30 tahun.

“Saya berharap ‘Si Corner’ selamat berenang ke laut lepas dan terus hidup. Kemungkinan dia terlepas daripada kumpulannya dan sesat hingga ke tepi pantai,” katanya sambil berseloroh ikan itu digelar ‘Si Corner’ kerana sikapnya yang menghala ke arah lain dan membelok berpatah balik ke bahagian cetek ketika cuba ditarik ke laut dalam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7dBDB-jhUc4[/wpdevart_youtube]

Tags: Ikan Paus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd