• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Maza Tetap Cabar Zamihan Berdebat

oleh AK-47
10/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kecewa selepas pelawaannya untuk berdebat pada 10 Februari ini ditolak oleh Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Dr. Zamihan Mat Zain.

Beliau menerusi kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook menzahirkan kekesalannya berikutan Zamihan memberikan alasan kononnya mempunyai program dengan banduan pada tarikh berkenaan yang mana Presiden ASWJ itu tidak sepatutnya memberikan alasan demikian.

“Saya sebenarnya tidak mahu lagi terlibat dengan diskusi panas namun, pada 4 Januari lepas Zamihan membuat cabaran lagi untuk berdebat dengan saya pada bila-bila masa, di mana sahaja, siapa sahaja peserta dan apa sahaja formatnya, saya rasa beliau sudah terlalu melampau mencari perbalahan.

“Beliau juga menyuruh saya letak jawatan mufti jika tewas dengan beliau. Apatah lagi beliau menggunakan tiket Kementerian Dalam Negeri untuk melabel pihak itu dan ini sebagai pengganas,” katanya dalam kenyataannya yang dikongsikan.

Menurut Mohd. Asri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kebetulan mengatur satu diskusi antara beliau dengan Zamihan dan beliau bersetuju.

“Walaupun sepatutnya saya dalam hal seperti ini meminta perkenan pihak Istana Arau terlebih dahulu, namun saya berijtihad untuk terus setuju dan menunda semua program pada 10 Februari. Tiba-tiba Zamihan pula tidak bersetuju. Kononnya ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan.

“Saya tertanya-tanya beliau yang sebut dahulu 24 jam, sepatutnya tiada alasan.

zamihan

zamihan2

“Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10 Februari untuk program gantian. Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut. Saya hairan,” sindirnya.

Bagaimanapun, Mufti Perlis mendakwa, Zamihan sebenarnya turut diberi tarikh sehingga 17 Februari dan wajar memberi kelapangan untuk perkara itu.

Selepas tarikh 17 Februari, jika Zamihan masih tidak mahu, Mohd. Asri anggap ‘tutup kes’.

“Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.

“Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: debatdr.maza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd