• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini.

Ketibaan Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid, dengan berpakaian warna merah di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid yang meluangkan masa lebih sejam di majlis itu, bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam turut menggaul ‘yee sang,’ hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai juadah dan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

Najib ketika ditemui pemberita memberi ucapan ringkas Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.

Tahun Baharu Cina tahun ini (2016) dalam zodiak Cina ialah Tahun Monyet Api, ia merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qO-dkx-1CqM[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun RazakTahun baru Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd