• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persiapan Akhir Sebelum Menyambut Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
07/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana di pusat bandaraya bertukar lengang hari ini setelah ribuan warga kota meninggalkan ibu negara sejak semalam untuk pulang kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.

Kenderaan bergerak lancar, bebas dari kesesakan yang berlaku saban hari sebelum ini.

Keadaan ini memberi begitu banyak kemudahan dan keselesaan kepada segelintir masyarakat Tionghua yang masih berada di ibu kota, untuk berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah bagi membuat persiapan terakhir menyambut Tahun Baharu.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa pusat membeli-belah masih menjadi tumpuan pengunjung dari pelbagai kaum untuk merebut peluang potongan harga sempena musim perayaan.

Seorang pengunjung Aeon di Wangsa Maju, Denise Liow, 34, berkata beliau sengaja merancang untuk pulang lewat ke kampungnya di Kuala Kangsar pada hari ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Saya saja shopping dulu di sini…Lepas ni baru kami pulang ke rumah emak di Kuala Kangsar,” katanya kepada Bernama.

Liow, dari Setapak, yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun berkata sudah menjadi tradisi setiap tahun beliau sekeluarga pulang menyambut Tahun Baharu Cina bersama ibu bapa di kampung.

Bagi Wong Kai Wah, 56, dan isteri dari Ampang, yang memilih untuk membeli-belah di saat-saat akhir di Pavilion, Bukit Bintang, mereka akan menyambut Tahun Baharu Cina di ibu kota kerana sudah berhijrah ke sini setelah ketiadaan ibu dan bapa 10 tahun yang lalu.

“Saya sudah menetap di Kuala Lumpur sejak sebelum berumahtangga sehingga sekarang. Anak-anak pun sudah berkahwin, tinggal saya dan isteri sahaja.

“Persiapan semua sudah dibuat, anak-anak kami akan balik hari ini untuk makan sekeluarga,” katanya.

Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan berusia 30 tahun dan seorang anak lelaki berusia 27 tahun.

Peniaga limau mandarin di Taman Shamelin, Cheras Ng Wai Er, 45, pula mengambil kesempatan dengan meneruskan peniagaan hingga ke hari ini untuk menambah pendapatan.

“Memandangkan masih ramai yang datang membeli di sini, saya mengambil keputusan untuk berniaga hari ini, sampai 12 malam.

“Saya bernasib baik kerana rumah ibu bapa saya di Taman Midah sahaja, saya tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas di lebuh raya,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VJpRUiqLNoI[/wpdevart_youtube]

Tags: Tahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd