• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Tahun Baharu Cina: Lebih 10,000 Kesalahan Direkod

oleh Ahmad Albab
07/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 10,655 kesalahan bagi tempoh 1 hingga 5 Feb lepas menerusi operasi khas bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata ini hasil pemeriksaan terhadap 36,283 kenderaan di seluruh negara melibatkan 1,800 pegawai penguat kuasa JPJ serta 500 sukarelawan Skuad Muda JPJ (SM1JPJ).

Beliau berkata kesalahan tiada lesen kenderaan motor atau cukai jalan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 3,041 kes, diikuti tiada lesen memandu (2,758), melanggar kesalahan utama (2,210), kesalahan teknikal (1,287), lain-lain kesalahan (1,233), kesalahan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (117) serta melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat (sembilan).

“Dalam tempoh itu juga, 2,455 bas diperiksa di 82 depoh syarikat bas ekspres seluruh negara dengan 31 bas diambil tindakan melibatkan kesalahan teknikal.

“Pemeriksaan dibuat di 29 terminal bas utama di seluruh negara, 1,297 pemandu bas ekspres diperiksa, empat daripadanya didapati positif dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersama SM1JPJ Kedah di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Gurun, di sini hari ini.

Mengenai taktik penyamaran pegawai JPJ sebagai penumpang bas ekspres menerusi operasi itu, Ismail berkata daripada 206 bas yang diperiksa setakat ini, 28 pemandu diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Daripada 28 pemandu bas, ada 65 kesalahan dilakukan, antaranya menggunakan telefon bimbit dan memotong di garisan berkembar,” katanya.

Operasi khas bersempena Tahun Baharu Cina akan berakhir 16 Feb ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qFgSWymaKu4[/wpdevart_youtube]

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd