• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Lolos Dari Penjara Marang Berjaya Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
07/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang sejak 14 hari lalu berjaya ditahan polis petang semalam di Kampung Padang Tanjung Bukit Payong di sini.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata penahanan banduan yang berusia 23 tahun tersebut adalah hasil maklumat daripada orang awam.

“Pihak polis kemudiannya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan kita mengesahkan lelaki tersebut merupakan banduan yang sememangnya dikehendaki pihak polis setelah melarikan diri dari Penjara Marang pada 24 Jan lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Suhaimi berkata suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah.

Menurutnya ketika ditangkap, suspek berada dalam keadaan tidak bermaya dipercayai tidak mendapat makanan mencukupi sepanjang 14 hari berada di pinggir hutan.

Mohd Suhaimi berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu yang disyaki memberi perlindungan kepada suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan atas kesalahan melindungi atau menyembunyikan suspek dengan niat hendak menyembunyikan pesalah daripada ditangkap.

“Kita juga mendapat maklumat, suspek ada berjumpa dengan saudaranya sejak tiga hari lalu dan saudaranya berusaha memujuknya untuk menyerah diri kepada pihak polis.

“Suspek kini dikenakan tahanan reman empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Suspek yang berasal dari Kampung Paya Resak itu menjalani hukuman enam bulan penjara sejak 3 Jan lalu atas kesalahan mencuri dalam bangunan, dipercayai melarikan diri dengan memanjat tembok di belakang tandas penjara berkenaan ketika sedang mengikuti kelas agama. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eFB7C8Tscoo[/wpdevart_youtube]

Tags: banduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd