KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) sehingga Selasa ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam dijangka turut berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Samui, Palawan, Tioman, Bunguran, Reef South dan Kuching.
“Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” kata kenyataan itu.
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]5rGr4MJ0has[/wpdevart_youtube]