• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Kawasan Belum Pulih Bekalan Air – Syabas

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuma 25 kawasan di sekitar Lembah Klang masih mengalami masalah bekalan air bersih berikutan kejadian pencemaran sumber air mentah baru-baru ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, dua kawasan itu di Gombak, Petaling (satu), Kuala Lumpur (21) serta Klang dan Shah Alam (dua).

“Sehingga pukul 9 pagi hari ini, secara keseluruhan hampir semua kawasan telah mendapat bekalan air terawat semula apabila daripada sejumlah 968 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini sebanyak 943 kawasan (97.4 peratus) telah pulih sepenuhnya seperti ringkasan berikut.

“Sesetengah kawasan penduduk yang masih belum mendapat bekalan air seperti biasa adalah mereka yang berada di kawasan yang tinggi dan di penghujung sistem bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Priscilla berkata, bagi mengurangkan kesulitan pengguna terbabit., bekalan air melalui lori tangki terus digerakkan bagi mengagihkan bekalan air kecemasan.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan jumlah kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini melibatkan wilayah dan kawasan yang besar, bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki dan tangki statik tidak dapat dipenuhi disebabkan sumber yang terhad.

Justeru, katanya, keutamaan bantuan air kecemasan akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital dan pusat dailisis maka pengguna diminta menggunakan bekalan air kecemasan sebaik mungkin dan untuk keperluan yang utama sahaja.

Beliau dalam pada itu mengingatkan pengguna di kawasan yang telah pulih bekalan air dan di kawasan tidak terjejas supaya menggunakan air secara berhemah bagi membantu proses pemulihan bekalan air di kawasan yang masih terjejas.

“Syabas mendapati sebahagian pengguna yang menyimpan air dengan banyak sebaik sahaja bekalan air pulih. Tindakan sebegini menjejaskan situasi bekalan air yang sedang pulih sekali gus menyebabkan kemungkinan melambatkan proses pemulihan atau menyebabkan gangguan bekalan air semula di kawasan yang telah menerima bekalan air,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: bekalan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd